Tuesday, November 9, 2010

Ibu Mithali


~~Lagu ini Khas untuk ibuku Safurah binti abdul talib. Terima kasih selama ini telah menjagaku dengan baik..segala jasamu tidak dapatku balas~~

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Monday, November 8, 2010

Langkah-langkah mendapatkan anak soleh



1. Sebelum pernikahan - Kita bertaubat atas segala kesalahan yang pernah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi semata-mata kerana Allah untuk mendapat kebahagian rumah tangga.

2. Malam pertama dan malam-malam selepasnya – Jangan ikut budaya barat. Ikut cara Islam bila berjimak iaitu menutupi badan ketika berjimak. Sebelum memulakan jimak, mulakan dengan Bismillah dan baca doa berjimak. Bacalah supaya syaitan dan iblis tidak turut serta masa berjimak.

3. Ketika mengandung – Si suami memperbanyakkan amal dan selalu mengaji untuk anak di dalam perut. Si isteri pula membacakan surah yang penting jika tidak sempat hendak membaca semua surah. Jaga pemakaian ketika mengandung.

4. Ketika sedang melahirkan anak – Si bapa sepatutnya berada bersama isteri di dalam bilik bersalin untuk menenangkan si isteri. Pakar perubatan mengatakan apabila si isteri dapat melihat wajah si suami bersama di dalam bilik bersalin, memudahkan proses melahirkan. Banyakkan mengingati Allah dengan berselawat, istighfar dan berzikir. Bukan menjerit sebagaimana yang dibuat oleh orang barat.

5. Waktu anak selamat dilahirkan – Perkataan pertama keluar dari mulut suami ialah Alhamdulillah. Azan dan iqamahkan anak tersebut.

6. Aqiqah – Walaupun ia sunat, tetapi sebolehnya jangan dilupakan amalan ini. Lakukan ketika anak masih kecil. antara hikmahnya ialah sebagai membekalkan haiwan tunggangan di akhirat kelak.

7. Lahir sampai umur 2 tahun – Ikuti sunah nabi, ibu susukan anak sehingga mencapai usia dua tahun.Susu ibu banyak mengandungi zat yang berguna untuk anak serta dapat mencegah kanser payudara.

8. Namakan anak dengan erti yang baik – Berikan nama yang mempunyai makna yang elok dalam Islam. Biasakan memanggil anak dengan panggilan yang baik. Bayangkan kita panggil dia maksudnya “Yang Pemurah”, semua orang memanggil dengan nama itu. Ia umpama mendoakan anak kita menjadi seorang yang permurah. Ajar anak mengenal al-Quran dan memakai pakaian menutup aurat sejak kecil.

9. Alam persekolahan – Saat pertama persekolahan, iaitu memperkenalkan anak dengan dunia persekolahan, pastikan anak mendapat ilmu agama secukupnya. Lebih elok jika ibu bapa sendiri yang mengajar ilmu agama.

10. Remaja – Di peringkat ini anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Ketika ini kita mesti menjadi kawan dan ibu bapa kepada anak-anak. Bukan menjadikan anak takut kepada kita sebaliknya menghormati kita. Ibu mengambil tahu perihal anak perempuan bapa pula mengambil tahu masalah anak lelaki. Nasihati anak dengan bahasa yang lembut.

11. Dewasa – Apabila dari kecil ditanamkan ilmu agama dan menghormati ibu bapa, Insyallah apabila dewasa anak-anak akan mengenang kita sebagai seorang kawan yang amat rapat. Bukan seorang guru yang garang Segala apa yang dikongsi akan berguna kepada mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan.

Mana-mana ibubapa yang tidak sempat mempraktikkan panduan di atas berdoalah kepada Allah SWT selalu supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh seperti dalam kisah Nabi Musa a.s. Kisah seorang anak yang ditukar Allah SWT menjadi khinzir kerana melakukan dosa besar. Jangan biarkan anak-anak kita hanyut dan terbiar menjadi sampah masyarakat kerana kita akan diseksa di dalam kubur sekiranya anak-anak melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Sekarang tanya pada diri kita sendiri. Adakah kita ini anak yang soleh kepada ibubapa kita?

Thursday, April 29, 2010

Baby cute...







Dah lama aku x update blog yg terbengkalai ni..huhuhu..disini aku saje je nk letakkan pic2 baby yg cute2..